#GempakSuperstar 2016 Sehebat Gegar Vaganza

Rasanya mesti ramai tgk rancangan Gempaq Superstars jap tadi kan. Konsep rancangan yg menampilkan pelakon utk bertanding sebagai penyanyi. Juri tetap adalah Diva Pop Amy Mastura dan Primadona/Seniwati Fauziah Ahmad Daud. Pengarah Popular Micheal Ang jadi juri tempatan. Pengacara pula ialah Scha Al Yahya dan Sharnaaz. Dato Alif Terlajak Laris jadi sponsor utk show ni.
Konsep tenaga pengajar bagi komen balas terhadap komen juri pertandingan satu perkara yg menarik juga. Pasti ramai terpegun tgk komen Michale Ang vs Dato Ramli tadi. Komen Kak Ogy mmg direct to the point, padat dan patut dijadikan panduan utama utk improve persembahan peserta. Kak Amy Mastura bagi komen win win situation which is good utk tenangkan para peserta. Okey iolls nak jadi juri awam lak kat sini. hihi.

Arja Lee - Penasaran
Rasanya semua dah tahu Arja mmg boleh nyanyi dan selalu masuk pertandingan realiti tv nyanyian kat Malaysia. Lagu Penasaran tadi klise tapi nasib baik bentuk persembahan ada kelainan. Terhibur jugak la uolls. Hope Arja pilih lagu di luar jangkaan. 

Dazrin - Hanya Aku
Rasa suara Dazrin ok jew juz betul cakap kak Ogy konsep persembahan agak klise juga. Takde kesan woww bila kita tgk. 

Raja Ilya - Terukir Di Bintang
Iolls suka persembahan Ilya coz nampak kelainan dia. Juz betul cakap Michael Ang, intro lakonan tu terlalu lama la. Vokal Ilya pun rasa kena polish kaw kaw lagi ni. Iolls suka tone suara Ilya juz sebutan nyanyian tadi macam tak clear sangat. 

Ryzal - Mengenangmu
Lagu Mengenangmu tu mmg pilihan bagus tapi vokal Ryzal macam tak sampai bawa lagu ni. 

Tasha Shila - Wanita Terbahagia
Tasha nampak all out utk show ni tapi vokal Tasha kena improve lagi. Iolls suka tenaga positif yg dibawa oleh Tasha masa show tadi. Mmg nampak professional dan ceria. 

Soffi Jikan - Ratuku
Persembahan paling menghiburkan sekali. Walaupun Soffi nyanyi macam kat karoake tapi persembahan Soffi the best tonite. Awal acting tu dah best, part ending pun best juga. Iolls rasa mesti ramai x sabar nak tgk show Soffi next week.

Sherry - Kalis Rindu
Calon juara Gempak Superstars Musim Pertama. Iools rasa Sherry the only yg nyanyi sedap dan tone suara unik. Gaya persembahan best dan simple tapi menghiburkan. Intro acting paling pendek tapi berkesan. Confrim ramai x sabar nak tgk apa lagu Sherry nak bawa next week.

Elizad - Tiada Lagi
Elizad sama macam Arja Lee. Selalu masuk pertandingan nyanyian yg lain. Pilihan lagu pun predictable macam Arja coz lagu Tiada Lagi dan Penasaran ni lagu yg terlampau kerap dibawa masa mana2x pertandingan nyanyian. Kalu Elizad tukar lagu Tiada Lagi tadi jadi versi Pop Etnik mesti nampak woww!!. 

Nazim - Nirmala
Iolls baru tahu Nazim ni CtZoners. No wonder la lagu Nirmala jadi pilihan. Iolls hope Nazim ambik lagu Dato Ct tajuk Kurniaan Dalam Samaran. Lagu tu mmg sgt mencabar vokal tahap mega. Kalu Nazim boleh bawa versi sendiri, iolls respek uolllss. 

Izreen - Ikut Rentakku
Izreen ni peserta favourite fans utk show ni. Pilihan lagu best tapi rasa mcm perlukan something extra vaganza dalam show tadi utk nampak woww. Izreen mmg a good performer tapi show tadi macam predictable ckit. 

Kesimpulan
Iolls tertanya perlukah acting tu ada di awal semua persembahan peserta. Kalu sekejap takpe tapi panjang kut. The reason Sherry nampak the best among the rest adalah sebab acting sekejap jew dan of course Sherry nyanyi mmg sedap dgn suara unik. This week Sherry is No.1 dan second the best is Soffi Jikan. Dan lupa nak mention, tiada penyingkiran dis week. Okey uolls.


Picture Credit To Astro Gempak Facebook.

No comments:

Powered by Blogger.