10 Artis Dangdut Malaysia Paling Popular Sepanjang Zaman


Di Malaysia terdapat pelbagai genre muzik yg popular termasuklah dangdut. Irama dangdut pernah mencapai zaman kemuncaknya bermula tahun 1994 sehingga 1998. Kewujudan pertandingan Dangdut Star baru-baru ini memgimbau kembali kenangan artis dangdut yg pernah popular di Malaysia. Begitu juga dengan pertandingan D'Academy Asia di Indonesia tahun lepas di mana ia mengabungkan peserta lagu dangdut di peringkat Asia Tenggara (Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia) utk bertanding sesama mereka. Malah fenomena Cita Citata dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini juga dikatakan bakal membawa angin baru utk irama dangdut di Malaysia. Even kat supermarket besar2x dan kat bazar ramadan pun ada buka lagu dangdut utk menarik perhatian pelanggan datang ke gerai mereka. Dengan itu, jom kita tgk siapakah Artis Dangdut Malaysia yg sgt popular di Malaysia dan masih memberi impak kepada kita melalui lagu dangdut mereka.


All pictures from Google Image

1. Amelina
Bila sebut dangdut di Malaysia,  ada dua nama paling sinonim dgn irama ini iaitu Amelina & Mas Idayu. Kedua2xnya mmg duk ranking paling atas sekali dan layak digelar Ratu Dangdut Malaysia. Utk pengetahuan semua,  Amelina satu-satunya penyanyi dangdut yg jualan album solonya lebih 200k unit utk album Asyik dan dua lagi album solo beliau juga terjual lebih 100k. Amelina pegang rekod artis dangdut jualan album laris sepanjang masa, satu-satunya artis dangdut tercalon penyanyi wanita popular ABPBH 1995, lagu dangdut Asyik satu2xnya lagu dangdut yg pernah jadi juara mingguan Carta Muzik Muzik TV3, dan artis dangdut pertama membawa imej lebih elegan dan kontemporari. Amelina juga mempunyai banyak koleksi lagu dangdut popular dan masih popular sehingga kini seperti Rindu, Yang Indah Yang Hangat, Asyik, Di Dadaku Ada Kamu, Ah Rindu Lagi, Anak Dara, Cinta o Cinta, Semakin Rindu Semakin Asyik, Zapin Tujuh Purnama, Yang Tersayang, Memori Daun Pisang etc.Amelina juga pernah  menang Anugerah Album Traditional Terbaik di AIM 96. Irama dangdut di Malaysia sememangnya sinonim dengan Amelina kerana Amelina adalah pencetus fenomena dangdut di zaman kemuncaknya  sehingga kini. Ada sesetengah peminat di Malaysia memanggil Amelina sebagai Queen Alin kerana Amelina sememangnya adalah Ratu Dangdut Malaysia.

Amelina - Asyik

1. Mas Idayu
Satu-satunya yg boleh lawan populariti Amelina hanyalah Ratu Gelek Malaysia Mas Idayu. Konsep dangdut Mas Idayu yg agak berbeza daripada Amelina sememangnya memberi kelebihan kepada Mas Idayu. Mas Idayu juga mempunyai banyak lagu popular dan jualan album beliau juga laris melebihi 100k. Lagu2x seperti Cintaku 100%, Robek Hatiku, Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan, Selangit, Bolehlah Boleh sememangnya menjadi lagu signature Mas Idayu ketika persembahan. Mas Idayu juga sgt sinonim dengan irama dangdut Malaysia dan boleh dikatakan legenda dangdut kontemporari Malaysia bersama dengan Amelina. Malah banyak anugerah terbaik pernah Mas Idayu menang seperti Album Dangdut Terbaik di AIM 98 & 2000. Mas Idayu juga dikenali sebagai juri muzik yg sgt bagus dengan komen beliau yg sgt subjektif berkaitan muzik dan sememangnya mentor yg sgt bagus juga. Rasanya selain Fauziah Ahmad Daud & Syafinaz, Mas Idayu juga boleh dikatakan sebagai salah seorang pengkritik wanita yg paling bagus dlm memberi komen kepada peserta pertandingan nyanyian.

Mas Idayu - Senggol-Senggolan Cubit Cubitan

3. Iwan
Iwan juga dikenali sebagai Raja Dangdut Malaysia ketika era kemuncak irama itu di era 90 an. Album Dang Dang Dut gabungan tiga artis Dangdut - Iwan, Amelina dan Sheeda telah menjadikan
album itu album paling laris tahun 1996 dengan jualan 360k. Antara lagu popular Iwan ialah Yang Sedang Sedang Saja, Jangan Tinggalkan Aku, Yang Tersayang, Cinta Tak Keruan etc. 



4. Ramlah Ram
Penyanyi versatile Ramlah Ram sememangnya  adalah salah seorang Diva Pop Malaysia yg sgt terkenal dengan kebolehan beliau menyanyi lagu pop, traditional dan dangdut dengan sgt baik. Gelombang pertama irama dangdut bermula dengan lagu Ramlah Ram Selamat Jalan Romeo tahun 1994 sehingga menjadi salah satu lagu dangdut paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Kemudian kemunculan Amelina selepas Ramlah Ram telah menjadikan irama dangdut suatu fenomena yg tidak terjangka dan menyebabkan ramai artis baru dan lama beralih arah ke irama dangdut dalam karier muzik mereka.



5. Zaleha Hamid
Legenda Dangdut Malaysia No.1 ialah Zaleha Hamid. Beliau merupakan Ratu Dangdut 80 an dan banyak lagu dangdut popular beliau yg popular. Namun begitu, irama dangdut di era 80 an dan awal 90 an masih belum mampu lawan kekuatan populariti lagu pop dan rock sehinggalah kemunculan Ramlah Ram dan Amelina. Antara lagu popular beliau ialah Kerana Pengalaman dan Gadis atau Janda. 



6. Datuk M.Daud Kilau
Nama Datuk M.Daud Kilau tetap maintain popular sejak zaman 70 an sehinggalah sekarang kerana lagu malar Cik Mek Molek dan gaya persembahan unik Datuk yg menjadi trademark sekian lama. Beliau diberi gelaran Raja Gelek Malaysia. Selain irama dangdut, Datuk juga membawa konsep muzik traditional  dalam kerjaya nyanyian beliau. 


7. Haiza
Antara artis muda paling awal muncul ketika gelombang dangdut era pertengahan 90 an ialah Haiza. Haiza masa tu dikenali dengan imej rambut unik dan of course lagu Dag Dig Dug yg sememangnya sgt popular ketika itu. Haiza juga seperti Ifa Raziah yg menjadi bintang dangdut versatile. Jadi pengacara, DJ, pelakon  etc. Semua Haiza dah pernah buat. Haiza juga seperti Mas Idayu yg tetap maintain dengan irama dangdut dengan konsisten keluar single dangdut & pop sejak zaman 90 an sehinggalah zaman 2000 an. Haiza juga dikenali sbg penyanyi dangdut yg boleh menyanyi pelbagai genre muzik yg lain dengan baik. Antara lagu popular Haiza ialah Dag Dig Dug,Yang Nombor Satu & Jeling Menjeling.



8. Sheeda
Vokal Sheeda yg sememangnya pure dangdut tu telah meletakkan Sheeda sebagai antara salah seorang penyanyi dangdut paling diingati di Malaysia. Lagu Angkat Kaki dan lagu duet beliau bersama Amelina telah menjadi lagu malar segar dan tetap popular sehingga kini. Penyertaan Sheeda di dalam Gegar Vaganza 2015 telah mengimbau kembali zaman kegemilangan beliau ketika era kemuncak dangdut dahulu. Antara lagu popular Sheeda ialah Angkat Kaki, Panas Dingin, Secangkir Madu Merah etc.

Sheeda - Angkat Kaki

09. Ifa Raziah
Ifa Raziah telah membuktikan yg beliau ialah penghibur dangdut yg sgt versatil. Daripada menyanyi, mengacara, berlakon semua Ifa Raziah sudah lakukan. Malah nama Ifa Raziah juga sgt popular ketika ini even dah 20 tahun dalam industri hiburan tanah air. Sebut nama Ifa Raziah, boleh kata satu Malaysia kenal la. Lagu popular Ifa ialah Ser Ser Ser. 


Ifa Raziah - Ser Ser Ser

10. Salleh Yaacob
Penghibur serba boleh Salleh Yaacob juga pernah menyanyi lagu dangdut dan boleh dikatakan Raja Dangdut awal 90 an sebelum kemunculan Iwan dengan irama dangdut tahun 1996. Lagu seperti Gali Lubang Tutup Lubang dan Kopi Dangdut sememangnya membawa evolusi dangdut versi baru awal 90 an. Malah lagu duet beliau dgn Zaleha Hamid juga popular.

Salleh Yaacob - Gali Lubang Tutup Lubang


All videos from You Tube Channel

Lain2x artis dangdut yg popular juga ialah Ani Mayuni,  Herman Tino, Shikin, kumpulan Eva, Ayati Tasrip. Elda Susanti, Asha Malik, Leina Hangat, Salwa Abd Rahman, Azura Aziz, Tushee, &  kump Mascara.

4 ulasan:

  1. Mas idayu lah pilihan hati Gue.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... i suka Amelina & Mas Idayu.. dua dua best.. hihi.. :D

      Padam
  2. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    BalasPadam
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda perlu kenalan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada wang tambahan - dari tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kita juga boleh membeli anda sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam