Kejutan Hujan Air Batu Di Bukit Jalil Tahun 2016

Mesti ramai terkejut tetiba ada hujan batu di area Bukit Jalil semalam kan. Hujan batu ni bahaya  coz boleh mencederakan dan merosakkan harta benda kita. Semalam masa balik keje pun iolls perasan hujan mmg lebat dengan guruh petir sabung menyambung di area Klang Valley ni. Angin time hujan pun agak kuat dan lain macam. Masa tu iolls baru lalu The Mines & Serdang. Mmg perasan tgk langit berubah mendadak jadi gelap dan petir pun sejak beberapa tahun ni mmg besar gile dia punya lintasan petir. Dah macam nak belah langit pun ada.  Sampai umah, buka tenet dan baca berita Astro Awani kata ada hujan batu di Bukit Jalil. Terkejut iolls. So, iolls pun goggle cmner hujan batu leh jadi terjadi. 

Hujan batu ini adalah kerpasan yang terdiri daripada ketulan @ bola air batu dengan diameter purata 5mm hingga 50mm. Ianya hanya boleh terjadi dari awan petir @ awan kumulonimbus, Lazimnya ada dua proses hujan batu. Salah satunya ialah proses pembentukan melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan atas freezing level. Air batu pada waktu ini biasanya bersaiz besar, Manakala satu lagi proses ialah riming di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih2x air batu. Disebabkan telah terjadi pengembunan mendadak,maka terhasillah air batu dengan ukuran agak besar. Hujan air batu ini boleh terjadi di kawasan beriklim subtropika (ada salji, puting beliung, ribut) dan khatulistiwa (cuaca panas dan lembap sepanjang tahun).

Kronologi Ringkas Hujan Air Batu Di Malaysia
24 Februari 2007
Hujan Air Batu bersaiz duit syiling 20 sen telah turun selama 15 minit di Sungai Buluh & Damansara Selangor.

28 September 2009
Hujan Air Batu sebesar sebiji cawan telah berlaku di Jerantut Pahang. Ianya berlaku dalam jam 7.00 malam dan situasi dikatakan luar biasa kerana lazimnya saiz hujan batu pasti tidak lebih daripada sebesar duit syiling 50 sen. Fenomena hujan batu luar biasa ini dikaitkan dengan Taufan Katrena di Filipina dan Vietnam. Difahamkan ribut petir berlaku di Jerantut, Bera, Maran dan Rompin tetapi hanya Jerantut mengalami hujan air batu ini.
10 Ogos 2014
Hujan Air Batu telah berlaku di Tambunan Sabah pada jam lebih kurang 3.30 petang.

22 Januari 2016
Hujan Air Batu berlaku di Shah Alam, Selangor pada jam lebih kurang 2 petang.

3 June 2016
Hujan Air Batu berlaku di area Bukit Jalil dan kawasan berdekatannya pada jam lebih kurang 6 petang.


Credit Picture to Google Image

Foto Ihsan Astro Awani 

Foto Ihsan Malay Mail

Foto Ihsan blog darkofmystery.blogspot 




















5 comments:

  1. Yeah...
    Cuma org kita rasa benda ni pelik..padahal fenomena cuaca yg normal cuma jarang berlaku..

    ReplyDelete
  2. Yeah...
    Cuma org kita rasa benda ni pelik..padahal fenomena cuaca yg normal cuma jarang berlaku..

    ReplyDelete
  3. nasib baik hujan air batu, kalau turunnya hujan batu batu yang sebesar penumbuk tu, camana la agaknya yer..!! kann.. dunia akhir zaman dah nie, sama samalah kita muhasabah diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2x la kita muhasabah diri. InsyaAllah. Amin. :)

      Delete

Powered by Blogger.