Planet Marikh Terbit Dari Barat ?? Sudah Lama Berlaku ???


Isu planet Marikh terbit di sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur ini sudah lama kedengaran. Hal ini pernah mencetuskan suasana hangat di kalangan rakyat dunia suatu ketika dahulu. Malah ada yg mengaitkannya dengan petanda yg Bumi akan mengalami nasib yg sama di mana Matahari akan terbit di sebelah barat dan tenggelam di timur sepertimana yg berlaku pada planet Marikh. Ada yg percaya, ada juga yg tidak mempercayainya. Namun, jika anda peminat bidang astronomi atau pembaca majalah ilmiah, rasanya pasti anda akan tahu apa yg dimaksudkan dengan penyataan Marikh terbit di barat, tenggelam di timur ini. 

Secara ringkasnya, gerakan planet Marikh yg bertentangan ini adalah terjadi disebabkan oleh fenomena alam semulajadi. Marikh sebenarnya tidak pernah dan tidak bergerak secara bertentangan seperti diwarwarkan. Hakikatnya, Marikh hanya dilihat bergerak songsang tetapi bukannya benar2x bergerak songsang. Isu ini dapat diterangkan dengan teori ilusi optik dan gerakan songsang. 

Tahukah anda bahawa planet seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun sebenarnya juga dilihat bergerak secara bertentangan atau songsang seperti mana Marikh jika dilihat dari Bumi. Pergerakan bertentangan arah ini adalah berbeza bagi setiap planet seperti Musytari bergerak songsang selama 121 hari utk tempoh 13.1 bulan dan Uranus pula bergerak songsang selama 151 hari utk setiap 12.15 bulan. Pergerakan terbalik atau arah bertentangan bagi arah planet/jisim di sistem suria kita ini  hanya dapat dilihat jika kita berada di titik pandang tertentu utk tempoh tertentu. Contohnya kita dapat melihat Marikh seolah2x bergerak secara arah bertentangan jika kita berada di Bumi seperti yg berlaku pada bulan April 2016 sehingga Jun 2016 baru2x ini. Namun, jika kita berada di planet Utarid atau Zuhrah, planet Bumi pula akan kelihatan seolah2x bergerak secara bertentangan arah dengan planet Utarid & Zuhrah ini. Menarik kan alam semesta ini.

Semua info ringkas ini adalah hasil bacaan daripada Majalah Dewan Kosmik keluaran Jun 2016. Dalam tajuk artikel Marikh Bergerak Songsang ada diterangkan dengan secara terperinci oleh penulis majalah mengenai isu fenomena ini. (m/s 3 & 6). Kalau anda berminat, bolehlah baca majalah ini di perpustakaan ataupun beli di kedai buku kerana banyak info sains dan teknologi menarik dalam majalah ini. 

6 ulasan:

  1. wow .. agak menarik fakta berkenaan dengan planet marikh ni.. aku rasa dah macam berada dekat NASA pulak bila baca petikan kau ini.. good job bro.. huhuh

    btw.. entry terkini.. bersama Band Carcass.. jom terjah ke blog yusrina sekaram bro leopluto..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah bro. hihi. I suka hal2x berkaitan planet niey. hihi. tqtqtq so much 4 d komen. :D. Actually i baru jap tadi singgah blog bro yus dan komen sekali kat sana. Bro Yus mmg esklopedia muzik rock dan death metal. Terbaik la bro. :D

      Padam
  2. singgah pagi isnin...
    menarik fakta nie...
    walaupun nieyl x berapa minat sgt bab planet²,n sains² nie tapi suka baca untuk tambah ilmu pengetahuan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah kak.hihi. xpe kak, info sepintas lalu jew kak. hihi. giteww kak. :D

      Padam
  3. hai leopluto.. yusrina in da house.. entry terbaru bersama diva Ziana Zain.. jom ke blog yusrina sekarang bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai bro yus, okey, jap lagi i singgah blog bro. hihi. diva ziana in da house ya. hihi. :D

      Padam